Tahniah diucapkan kepada YB Dato Tengku Adnan yang telah merasmikan majlis pelancaran Jelajah 1Malaysia di Putrajaya walaupun dalam kesibukan tugas sebagai Setiausaha Agung UMNO.
Inilah sikap yang patut kita contohi dan ikuti. Perjuangan beliau kepada agama, bangsa dan negara tidak dapat disangkal lagi. Perjuangan tanpa mengenal penat dan lelah, tanpa mengira dan mengharapkan pembalasan cuma mengharapkan bangsa Melayu terus bermaruah, terus bersatu, terus menjadi pelindung kepada generasi akan datang.
Bagaimana dengan pengikutnya di Putrajaya..
Malangnya masih ramai yang belum sedar akan perjuangan YB Dato Tengku Adnan. Masih ramai yang masih mementingkan perjuangan diri sendiri. Apakah perjuangan yang dibawa oleh CEO pejabat Khidmat Masyarakat. CEO ini masih lagi memainkan isu orang itu orang ini, penyokong itu dan penyokong ini.
Yang paling nyata ialah apabila aktiviti yang dijalankan hampir semuanya dijalankan oleh PDM yang terdiri dari yes man. Ramai Ketua Cawangan merasa kecewa apabila aktiviti sukan dikendalikan oleh PDM sedangkan Biro Sukan sudah ada. Aktiviti pendidikan dikelolakan oleh PDM sedangkan ada Biro Pendidikan.
Kalau tengku nan masih sayangkan UMNO Putrajaya singkirkan Sukri dari Pej Bahagian Putrajaya
Inilah pengundi Putrajaya inginkan serta barisan barisan yang lain tolong singkirkan sukri