Sabtu, 26 Januari 2013

APA NAK JADI DENGAN PUTRAJAYA @tengkuadnanreal @najibrazak



Apa nak jadi dengan Putrajaya.

Bermacam-macam kisah dan cerita yang tidak sedap didengar telah tersebar dengan meluas di Putrajaya. Ramai yang telah menyuarakan rasa yang ketidak puasan hati dengan cara PDM  menjalankan tugas dan pengetahuan  mereka yang berada dalam organisasi tersebut. Ramai juga Ketua Cawangan dan AJK Bahagian telah mengistihar tidak akan terlibat dengan aktiviti PDM. Persoalannya...mengapa ini berlaku ketika kehangatan pilihanraya semakin terasa dan akan menjelang tiba, Apakah penyebabnya?

Secara umumnya penduduk dan pengundi Putrajaya mengetahui yang YB Dato Tengku Adnan telah menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai ahli Parlimen.. Banyak yang telah beliau lakukan untuk penduduk Putrajaya. Ini memang tidak dapat dinafikan...tetapi mengapa ketidakpuasan hati dan penarikan diri Ketua Cawangan dan AJK Bahagian ini masih berlaku.....

Hasil tinjauan menunjukkan Ketua Cawangan dan AJK Bahagian menyatakan ketidakpuasan hati ini berpunca dari Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya. Pejabat ini diterajui oleh En. Shokri yang juga merupakan Setiausaha Bahagian UMNO Bahagian Putrajaya. Sikap dan tingkahlaku beliau dalam mengendalikan pejabat menyerupai seorang CEO yang diktator telah membuat ramai yang meluat. Ketua PDM adalah hasil mainan beliau yang melantik dari golongan yes man, tidak berpengalaman dan ada yang dilantik hanya seorang ahli cawangan sahaja. Peranan, pengalaman dan kredebiliti AJK Bahagian langsung tidak diambilkira oleh beliau. Dan jika ada perpecahan  dikalangan AJK Bahagian hanyalah kerana beliaulah yang telah melebelkan orang ini penyokong siapa dan sianu tu orang siapa sedangkan umum tahu yang orang-orang ini menjalankan aktiviti demi untuk kejayaan UMNO Putrajaya dan kejayaaan YB Dato Tengku Adnan.

 Sikap ini tidak patut beliau lakukan sebagai pemegang jawatan SUB. Beliau sepatutnya berperanan sebagai pengurus pejabat yang dapat menyatukan semua pihak di Putrajaya tapi malangnya beliaulah orang yang bertanggungjawab memecahkan perpaduan yang telah wujud sebelum ini. Beliau ingin dilihat sebagai mastermind hinggakan Timbalan Ketua Bahagian pun tidak mempunyai sebarang peranan. Jawatan Pengarah Pilihanraya sepatutnya disandang oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian juga telah disapu oleh Shokri dengan mengelarkan dirinya Komandan....

Banyak lagi perkara dan hal yang berkaitan dengan kepincangan akan didedahkan di artikel akan datang dan perlu diambil pertimbangan olehYB Dato Tengku demi memastikan sokongan terhadap beliau terus padu.

(Akan bersambung)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan