Khamis, 31 Januari 2013

AJK UMNO Bahagian Putrajaya Tersingkir Angkara Setiausaha Bahagian @tengkuadnanreal

PUTRAJAYA

Tahniah diucapkan kepada YB Dato Tengku Adnan yang telah merasmikan majlis pelancaran Jelajah 1Malaysia di Putrajaya walaupun dalam kesibukan tugas sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Inilah sikap yang patut kita contohi dan ikuti. Perjuangan beliau kepada agama, bangsa dan negara tidak dapat disangkal lagi. Perjuangan tanpa mengenal penat dan lelah, tanpa mengira dan mengharapkan pembalasan cuma mengharapkan bangsa Melayu terus bermaruah, terus bersatu, terus menjadi pelindung kepada generasi akan datang.

Bagaimana dengan pengikutnya di Putrajaya..

Malangnya masih ramai yang belum sedar akan perjuangan YB Dato Tengku Adnan. Masih ramai yang masih mementingkan perjuangan diri sendiri. Apakah perjuangan yang dibawa oleh CEO pejabat Khidmat Masyarakat. CEO ini masih lagi memainkan isu orang itu orang ini, penyokong itu dan penyokong ini.

Yang paling nyata ialah apabila aktiviti yang dijalankan hampir semuanya dijalankan oleh PDM yang terdiri dari yes man. Ramai Ketua Cawangan merasa kecewa apabila aktiviti sukan dikendalikan oleh PDM sedangkan Biro Sukan sudah ada. Aktiviti pendidikan dikelolakan oleh PDM sedangkan ada Biro Pendidikan. 

Kalau tengku nan masih sayangkan UMNO Putrajaya singkirkan Sukri dari Pej Bahagian Putrajaya

Inilah pengundi Putrajaya inginkan serta barisan barisan yang lain tolong singkirkan sukri


Aktiviti Agama PDM juga yang buat sedangkan ada Biro Agama. Ketua-ketua cawangan ini kecewa kerana mereka langsung tidak dimaklumkan tentang aktiviti ini apatah lagi dipanggil untuk sama-sama mengendalikan majlis-majlis tersebut. Mereka hanya dijemput untuk menghadirkan diri dan meramaikan majlis dan mereka hadir kerana mereka masih lagi menyokong YB Dato Tengku. 

Sepatutnya sebagai Setiausaha Bahagian, beliau mestilah menjadi penghubung kepada Biro-biro ini dan menyerahkan tugas untuk dilaksanakan kerana biro-biro ini wujud diatas perlantikan oleh Ketua Bahagian. Inilah apa yang terjadi kerana sikap SUB yang tidak percaya pada orang lain dan yang takut orang-orang ini akan menjadi popular daripada beliau.

Ketua cawangan dan AJK Bahagian juga kerap mengatakan yang SUB sering menjual nama YB Dato Tengku apabila selalu mengatakan ada segelintir AJK Bahagian yang tidak disukai oleh YB Dato. Apakah ini benar? Sedangkan ada sumber lain mengatakan YB Dato tidak pernah membezakan sesiapa pun dalam AJK Bahagian. Jelas ini semua mainan SUB untuk memecah belah AJK Bahagian. Permainan untuk menguatkan kedudukan beliau dan menunjukan kuasa sehinggakan yang lain tidak boleh berbuat apa-apa.

(Akan bersambung)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan